Sunday, 12 November 2017

Pengenalan Diri

Nama diberi Ungku Emmy Rina. Puteri bongsu kepada Ungku Ali dan Ungku Fatimah.Dilahirkan pada tanggal 30 Mei 1985 di Johor Bahru, Johor. Saya tiada adik beradik lelaki dan hanya mempunyai 2 orang kakak. Mereka telah mempunyai keluarga sendiri. Tinggal saya seorang yang masih bujang. Tinggal berdua dengan abah. Emak telah pergi menghadap ilahi pada 21 Mei 2016. Cerita pasal kakak ini, jarang umur kami sangat jauh berbeza iaitu 25 tahun! Sampaikan orang menyangka kami  seperti anak beranak, padahal kami ini adik beradik. Oleh kerana saya anak yang bongsu, tambah pula jarak umur kami sangat jauh, umur saya dengan anak saudara saya hampir sebaya. Saya ada 7 orang anak saudara, 4 lelaki dan 3 perempuan.


Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (P) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru pada tahun 1992. Seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent Johor Bahru pada tahun 1998. Alhamdulillah, saya dapat menyambung pengajian pra-universiti di Kolej Matrikulasi Johor pada tahun 2003. Hampir 12 tahun saya belajar di dalam negeri sendiri, saya memilih untuk menyambung pengajian yang saya minati di luar negeri Johor, iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaysia Pahang pada sesi 2004/2005, di Gambang, Kuantan, Pahang.

Sejarah pengajian di peringkat universiti ada ceritanya sendiri. Kursus yang saya pilih adalah Ijazah Sarjana Muda Teknikal Kejuruteraan Kimia (Kejuruteraan Proses) dan nama asal universiti ini ialah Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia. Kursus dan universiti ini merupakan pilihan pertama sewaktu saya memohon di UPU. Sebab kenapa saya memilih kursus ini kerana ia berasaskan "hands-on", 30% teori dan 70% latihan amali. Saya tidak berminat belajar teori semata-mata dan lebih berminat kepada "hands-on". Atas arahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, nama kursus kami ditukar kepada Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Kejuruteraan Proses). Silibus kami pun bertukar. Lebih banyak kepada teori. Semasa di tahun kedua pengajian, nama universiti kami dijenama semula kepada Universiti Malaysia Pahang. Dan untuk memudahkan akreditasi, kursus kami dibubarkan dan diserap kepada Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia.

Pada Jun 2008, aku menjalani latihan industri (LI) di Titan Petchem (M) Sdn Bhd selama 21 minggu, dilakukan di semester akhir. Setelah selesai latihan industri dan lulus, saya ditawarkan dan diserapkan sebagai pekerja tetap. Apakan daya, kusangka panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Pada penghujung tahun 2008, kita tekah dikejutkan dengan krisis ekonomi dunia dengan kenaikan harga minyak mentah di seluruh dunia. Syarikat ini juga terkena tempiasnya. Tawarn kerja saya tergantung buat sementara. Setelah beberapa kali sesi perbincangan, tawaran itu diberikan sekali lagi kepada aku. Alhamdulillah memang rezeki saya di sini. Saya melapor diri untuk bertugas pada 5 Januari 2009. Walau bagaimanapun gelombang krisis belum terhenti. Untuk mengurankan kos buruh, syarikat ini mebuat pengumuman untuk menawarkan "Volunteer Separation Scheme" (VSS). Pengumuman itu diumumkan selepas beberapa hari saya menerima gaji saya yang pertama!


Saya tidak berputus asa dan terus berdoa agar saya masih mempunyai pekerjaan di sini. Pada ketika itu, masih ramai lagi graduan yang menganggur dan masih mencari pekerjaan. Alhamdulillah, nama saya tidak terpilih untuk VSS itu. Oh lupa saya hendak beritahu, jawatan yang ditawarkan adalah Process Technologist. Selepas beberapa bulan penyusunan organisasi pun berlaku. Department saya dibubarkan dan diserap masuk ke operasi Cracker 1. Jawatan saya ditukar kepada Associate Engineer, Planning. Skop pekerjaan saya lebih kepada Production planning, "daily & monthly production report", "production budget". Pada tahun 2010, pemegang saham syarikat ini pun bertukar dan nama syarikat dijenama semula kepada Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd. Ya, penjenamaan semula memang tidak lari dari dalam hidupku! Rombakan secara besar-besaran pun berlaku dan banyak sistem baru diperkenalkan dan dikemaskinikan. 

Saya diberi tanggungjawab untuk menjadi Process Inventor SAP Production Plnning module. Alhamdulillah, saya berjaya menjalankan tanggungjawab ini dan sistem ini dapat "go live" pada masa yang ditetapkan pada awal tahun 2012. Pada tahun 2012, saya diberi projek sebagai koordinator projek untuk sistem baru Plant Information System dan Data Reconciliation. Dan sistem ini berjaya dilancarkan pada tahun 2013. 

Kegemaran saya, saya suka mengembara, berjalan-jalan melihat keindahan di tempat orang dan pelajari budaya masyarakat setempat. Saya juga suka membaca buku-buku motivasi, biografi, sejarah sesuatu tempat dan tidak lupa juga novel thriller. Penulis kesukaan saya adalah Ramlee Awang Murshid.


Setelah beberapa tahun saya bekerja, saya sedar dengan makan gaji sahaja tidak cukup untuk melaksanakan impian kita. Bukan bermakna saya tidak bersyukur tetapi ada sesuatu yang kurang dalam hidupk saya. Saya lihat tidak banyak impian aku berjaya dicapai.  Setiap hari aku pergi dan balik kerja hanya untuk capai KPI orang lain.

Pada tahun 2014, saya berjinak-jinak dengan bisness online di suatu syarikat jualan langsung. Tetapi pada waktu itu, saya tidak mempunyai masa untuk online selepas waktu bekerja. Masa saya di pejabat banyak dihabiskan di hadapan komputer. Bila pulang ke rumah, saya mahu berehat dari memandag skrin komputer atau smartphone.

Pada masa yang sama, saya mengalami masalah kitaran haid. Kitaran haid menjadi tidak stabil. Adakala terlalu lewat adakala terlalu cepat sehingga satu bulan dua kali aku haid. Lalu saya berjumpa dengan doktor pakar sakit puan. Selama beberapa bulan sekali dibawah pemeriksaan doktor dan diberikan ubat stabilkan hormon. Sayajuga dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan. Ubat hormon itu juga buat selera makan saya bertambah!

Pelbagai cara diet untuk mengurangkan berat badan. Berat badan tidak turun banyak. Suatu hari pada 30hb Nov 2014, saya menemani kawan baik saya ke Singapura ke kelas program diet. Saya memang tertarik sekali dengan program diet itu. Ia meliputi pelan pemakan mudah, senaman ringan dan juga supplement. Saya memang tidak mengerti teknologi di sebalik supplement tersebut. Corak pemakanan itu memang saya suka sekali. Karbohidrat, protein dan fiber satu pon tidak tertinggal dalam pelan makan mudah itu. Nama program itu adalah TR90, Transformation within 90 days.

Pada 27 Disember 2014, saya berjaya dipujuk untuk mengikuti program TR90 selama tiga bulan. Alhamdulillah, saya berjaya mendapat bentuk badan dan berat badan yang diidamkan. Saya bukan sekadar berjaya dapat bentuk badan yang diidamkan, malah saya kelihatan awet muda. Orang tidak percaya saya berumur 30 tahun (pada tahun 2015). Itulah rahsia di sebalik teknologi yang ada di dalam supplement itu. 


Pada Mar 2015, aku dijemput ke satu majlis anjuran Nu Skin iaitu Sucess Seminar. Saya lihat ramai usahawan yang berjaya dalam perniagaan ini. Ramai jutawan dihasilkan. Dalam masa 10 tahun, saya mungkin boleh mencapai posisi sebagai Prinsipal Engineer, jawatan paling tinggi dalam suatu organisasi, akan tetapi bagaimana dengan diri saya ketika itu? Adakah saya memiliki kesihatan yang baik? Adakah banyak impian tercapai? Sedang saya di posisi Engineer, Process ini pun saya telah mengalami kitaran terganggu dengan penambahan berat badan. Apatah lagi bila saya di jawatan tertinggi itu. Sedangkan mereka selepas 10 tahun dalam perniagaan ini, mereka memperolehi pendapatan yang banyak dan boleh pencen muda disamping kelihatan muda tidak dimamah usia! Ya, saya sedar untuk menjadi seperti banyak rintangan dan halangan harus dihadapi. Saya lihat peluang perniagaan ini cerah. Dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk melibatkan perniagaan ini dengan Nu Skin sebagai supplier untuk mencapai impian dan cita-citaku.

No comments:

Post a Comment

Catatan Harian - Ungku Harlina

Dia sepupu saya. Arwah mak saya menjaga dia sejak dia dari kecil lagi. Dia sudah ibarat seperti kakak sendiri. Dia dilahirkan pada 25 Julai ...